Program ini disertai oleh setiap keluarga anak PERMATA PAPN Sungai Siput. Tempoh masa yang diberi kepada ibubapa penjaga untuk menyiapkan Big Book adalah sepanjang bulan Februari. Dengan Big Book terakhir yang diterima pada 28 Februari 2014. Penentuan markah agak sukar kerana setiap Big Book yang dihantar mempunyai keistemewaan masing-masing. Kami juga bertuah kerana En. Nornikman, seorang guru pendidikan seni sudi menjadi juri untuk mengadili markah kreativiti sebanyak 80 peratus. Tahniah kepada para pemenang dan yang tidak berjaya boleh mencuba lagi di masa hadapan.
PAPN SUNGAI SIPUT
PAPN SUNGAI SIPUT
Tuesday, 4 March 2014
Tuesday, 21 January 2014
Mesyuarat PIBP kali ke- 2 dan Sambutan Maulidur Rasul
Program ini telah diadakan pada 14 Januari 2014 sempena cuti Maulidur Rasul. Antara pengisiaannya ialah Bacaan Yassin, Selawat bersama-sama, perlantikan AJK baru bagi tahun 2014, kutipan untuk tabung PIBP, Program yang dirancang sepanjang tahun 2014 dan Jamuan makan. Terima Kasih diucapkan kepada ibubapa dan pendidik yang sudi memeriahkan program pembukaan bagi tahun 2014.
Monday, 16 December 2013
Majlis Perpisahan 2013
Majlis Perpisahan diadakan bagi meraikan kanak-kanak 4 tahun yang bakal meninggalkan PAPN Sungai Siput pada tahun hadapan. Moga-moga dengan masa yang kurang dari setahun anak-anak mendapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh digunakan untuk hari-hari mendatang yang lebih mencabar.Berikut adalah gambar-gambar sepanjang majlis berlangsung.
Gambar sebelum Majlis Berlangsung
Teacher bergambar sebelum Majlis Perpisahan bermula
Khusyuk mendengar Penerangan Teacher
Gambar-gambar sepanjang Majlis berlangsung.
Subscribe to:
Posts (Atom)