Tuesday, 4 March 2014

Pertandingan Big Book paling kreatif

Program ini disertai oleh setiap keluarga anak PERMATA PAPN Sungai Siput. Tempoh masa yang diberi kepada ibubapa penjaga untuk menyiapkan Big Book adalah sepanjang bulan Februari. Dengan Big Book terakhir yang diterima pada 28 Februari 2014. Penentuan markah agak sukar kerana setiap Big Book yang dihantar mempunyai keistemewaan masing-masing. Kami juga bertuah kerana En. Nornikman, seorang guru pendidikan seni sudi menjadi juri untuk mengadili markah kreativiti sebanyak 80 peratus. Tahniah kepada para pemenang dan yang tidak berjaya boleh mencuba lagi di masa hadapan.


No comments:

Post a Comment